Image

Royal Military College

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

Hits: 13
MAJLIS PENYERAHAN SMARTBOARD DAN PARKIR SURAU MAKTAB TENTERA DIRAJA
 
SUNGAI BESI, 11 November 2026 – Majlis Penyerahan Projek Pemasangan 3 Unit Smartboard dan Parkir Surau Maktab Tentera Diraja (MTD) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM), Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Makmal Bahasa 2, MTD.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan projek kepada pihak MTD yang melibatkan kemudahan Smartboard serta kerja-kerja menaik taraf parkir sedia ada dan kerja-kerja berkaitan di kawasan surau MTD. Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana maktab bagi menyokong keperluan warga MTD.
Komandan MTD, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah hadir dalam upacara menandatangani dan menerima dokumen serahan projek antara pihak MTD dan ICU-JPM, Wilayah Persekutuan sebagai simbolik penyerahan rasmi projek kepada pihak maktab.
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara ICU-JPM, Wilayah Persekutuan dengan MTD dalam memastikan kemudahan infrastruktur yang disediakan sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan warga maktab.
Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga MTD, sekali gus menyokong persekitaran pembelajaran dan pembangunan sahsiah Putera yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti.
 
Hits: 47
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA PANGLIMA TENTERA DARAT (PTD)
 
KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat semalam.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara MTD dengan Tentera Darat Malaysia serta menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi aspirasi dalam memperkukuh pembangunan pendidikan, pembentukan sahsiah serta kepimpinan Putera sebagai bakal pemimpin masa hadapan.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen MTD dalam melahirkan generasi pemimpin yang berdisiplin, berintegriti, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi, selaras dengan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Hits: 93
LAWATAN ULUNG PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ATM (PPLD ATM) KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
 
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 - Maktab Tentera Diraja (MTD) telah menerima Lawatan Ulung Panglima Pendidikan Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (PPLD ATM), Leftenan Jeneral Dato' Mahadzer bin Amin TUDM hari ini sebagai kunjungan pertama rasmi PPLD ATM ke MTD setelah mengambil tugas sebagai PPLD ATM.
Ketibaan PPLD ATM telah dimulai dengan menerima Kawalan Kuarter di hadapan foyer Markas MTD, sesi bergambar dan menandatangani Buku Lawatan. PPLD ATM telah diberi taklimat lengkap mengenai MTD oleh Komandan, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM serta Ketua-Ketua Jabatan tentera dan akademik MTD.
PPLD ATM telah memberikan garis panduan dan penekanan kepada Pentadbir MTD agar sentiasa cakna dan pandangan ke hadapan dalam usaha untuk mendidik Putera MTD mencapai kecemerlangan dalam akademik dan nilai etika asas ketenteraan. Atur cara lawatan diteruskan dengan Sesi Penataran Pelan Strategik Markas Pemerintahan Pendidikan Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (MPPLD ATM) 2027 - 2030 yang melibatkan semua Komandan dan wakil staf Unit Bawah Naungan (UBN) di Geleri MTD.
Acara lawatan ini di akhiri dengan jamuan makan tengah hari, solat zohor berjemaah dan melawat fasiliti di bangunan akademik dan penginapan Putera MTD.
 
Hits: 84
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA KETUA PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP)
 
KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Ts. Fazillah bin Ibrahim bertempat di Pejabat Ketua Pengarah BPKP, semalam.
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan nasihat dan cadangan berkaitan pelan naik taraf serta pembangunan infrastruktur MTD bagi memastikan kemudahan maktab terus berada pada tahap yang kondusif dan memenuhi keperluan semasa.
Sesi perbincangan turut merangkumi pelaksanaan projek-projek senggaraan dan pembangunan di MTD, termasuk perancangan blok penginapan Tingkatan 1 serta cadangan penaiktarafan bilik guru dan bilik mesyuarat Markas. Perbincangan juga menyentuh keperluan senggaraan menyeluruh di Blok Penginapan Putera bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan kebajikan warga MTD.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara MTD dan BPKP dalam memastikan perancangan serta pelaksanaan kerja-kerja senggaraan dan pembangunan infrastruktur maktab dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan berterusan demi menyokong kecemerlangan MTD.
 
Hits: 86
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (KPPM)
 
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad di pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini. KPPM juga merupakan ahli tetap Lembaga Gabenor MTD.
Kunjungan ini menjadi wadah bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MTD dan KPM, khususnya dalam memastikan kelangsungan serta keberkesanan sistem pendidikan di MTD selaras dengan keperluan pembangunan Putera sebagai generasi pemimpin masa hadapan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk persediaan pengambilan Putera Tingkatan 1 yang akan bermula pada tahun 2027 serta keperluan memperkukuh sumber guru Kader KPM mengikut opsyen bagi memastikan penyampaian kandungan pelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan.
Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada jalinan kerjasama bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), khususnya melalui penyertaan guru MTD dalam program Pembangunan Kompetensi Guru dan perkongsian amalan terbaik dalam bidang akademik. Kerjasama ini turut melibatkan persediaan guru Kader MTD dalam penataran Kurikulum Persekolahan 2027 melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
Kerjasama strategik antara MTD dan KPM ini diharap dapat terus diperkasa dalam memastikan MTD kekal sebagai institusi pendidikan berprestasi tinggi yang mampu melahirkan Putera yang berakhlak mulia, berilmu, berdisiplin, berkarakter dan berdaya saing, seterusnya menjadi pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada Angkatan Tentera Malaysia serta negara.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini adalah ADUN Pelabuhan Klang, YB Azmizam bin Zamanhuri dan Naib Presiden OPA, OP Zulkhibri bin Mohammed.
 
Hits: 94
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA PANGLIMA TENTERA UDARA (PTU)
 
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan ini secara tidak langsung menjadi wadah bagi Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan amanat daripada Panglima Tentera Udara dalam usaha memperkukuh fungsi dan peranan Maktab Tentera Diraja dalam melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang progresif, dinamik dan berdaya saing, selaras dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia ke arah pembentukan Angkatan Masa Hadapan.
 
Hits: 100
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT)
 
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan ini secara tidak langsung menjadi wadah bagi Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan amanat daripada Panglima Angkatan Tentera dalam usaha memperkukuh fungsi dan peranan Maktab Tentera Diraja dalam melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang progresif, dinamik dan berdaya saing, selaras dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia ke arah pembentukan Angkatan Masa Hadapan.
 
Hits: 85
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KEPADA PANGLIMA TENTERA LAUT
 
KUALA LUMPUR, 29 September 2026 - Komandan Maktab Tentera Diraja, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain di pejabat beliau pada hari ini.
Kunjungan ini secara tidak langsung menjadi wadah bagi Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan amanat daripada Panglima Tentera Laut dalam usaha memperkukuh fungsi dan peranan Maktab Tentera Diraja dalam melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang progresif, dinamik dan berdaya saing, selaras dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia ke arah pembentukan Angkatan Masa Hadapan.
Nasihat kepimpinan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam membentuk barisan pemimpin yang berintegriti, tegas dalam membuat keputusan serta sentiasa menjunjung tata kelola yang baik demi memperkukuh keupayaan dan kecemerlangan Maktab Tentera Diraja.
 
Hits: 117
ROYAL AEZENITH MTD RAIH NAIB JOHAN MRCC 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
 
PERAK, 8 hingga 10 September 2026 – Pasukan Royal Aezenith dari Maktab Tentera Diraja (MTD) telah menyertai Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Besar Bandar Baru FELCRA Seberang Perak dan Pusat Benih Padi FELCRA Sdn. Bhd.
Pasukan Royal Aezenith layak ke peringkat kebangsaan setelah muncul sebagai johan dalam pertandingan roket propelan pepejal 50 m Peringkat Zon Tengah pada Jun 2026. Di peringkat kebangsaan, pasukan MTD bertanding dalam Kategori 2 yang melibatkan cabaran roket 1 km dan CanSat.
Pasukan MTD diwakili oleh enam orang Putera Tingkatan 4, iaitu P/PSjn Adam Mukhridz bin Abdul Muiz (D), P/PSjn Muhammad Syakir bin Azmi (G), P/PSjn Muhammad Amal Wazif bin Mohd Ismail Shahid (E), P/PSjn Muhammad Hafiy Mustaqim bin Mohamad Fairol (E), Putera Hakeem bin Mohamad Hairulnizam (E) dan P/PSjn Muhammad Aryan Rifqi bin Nazrin (F).
Sepanjang persediaan dan pertandingan, para Putera telah menunjukkan komitmen, disiplin, daya tahan dan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka perlu membahagikan masa antara tanggungjawab akademik, rutin kehidupan di maktab dan komitmen terhadap pasukan. Setiap cabaran yang dihadapi dijadikan peluang untuk mengenal pasti kelemahan, mencari penyelesaian dan melakukan penambahbaikan.
Hasil usaha dan kerjasama pasukan, Royal Aezenith berjaya meraih Naib Johan Kategori 2 Peringkat Kebangsaan dalam Malaysia Rocket CanSat Competition 2026.
Pasukan Royal Aezenith adalah di bawah bimbingan Pn. Nadzirah binti Ahmad dan Pn. Nurul Emiliza bin Md Tahir selaku penasihat utama, dengan kerjasama Cik Nur Amalina Farhah dan En. Shaza Ikhmal bin Sujak sebagai penasihat bersama.
 

Page 1 of 2

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok