
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KEPADA PANGLIMA TENTERA DARAT (PTD)
KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat semalam.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara MTD dengan Tentera Darat Malaysia serta menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi aspirasi dalam memperkukuh pembangunan pendidikan, pembentukan sahsiah serta kepimpinan Putera sebagai bakal pemimpin masa hadapan.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen MTD dalam melahirkan generasi pemimpin yang berdisiplin, berintegriti, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi, selaras dengan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).








