Image

Maktab Tentera Diraja

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

Jumlah paparan: 69
PERTANDINGAN WAR CRY SEMPENA KARNIVAL PENGGUNA TAHUN 2026.
 
PULAU PINANG, 17 hingga 19 September 2026 - Karnival Pengguna Peringkat Kebangsaan telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melibatkan penyertaan 5 Zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Pantai Timur Dan Zon Borneo.
Pasukan War Cry MTD telah menghantar 10 orang putera untuk mengetuai Pasukan War Cry Zon Tengah bersama-sama dengan 100 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah , pelajar- pelajar IPTA / IPTS dan IPG, Staf-staf dan Pegawai-pegawai KPDN Zon Tengah yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
Dengan kepimpinan dan semangat berpasukan, Pasukan War Cry MTD mewakili Zon Tengah yang diketuai oleh Putera Arish Qayyum bin Azrul Hisham telah menjadi Johan Pertandingan War Cry Peringkat Kebangsaan Sempena Karnival Pengguna 2026.
Pasukan War Cry MTD adalah dibawah bimbingan Cik Hjh Rohana binti Puji Almi dan Pn Norhidayah binti Md Zain yang juga Guru Penasihat Kelab Pengguna MTD.
 
Jumlah paparan: 77
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KEPADA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
 
KUALA LUMPUR, 10 September 26 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah melakukan sesi kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di Pejabat TPTU semalam.
Kunjungan ini secara tidak langsung menjadi wadah bagi Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan amanat daripada Timbalan Panglima Tentera Udara dalam usaha memperkukuh fungsi dan peranan Maktab Tentera Diraja dalam melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang progresif, dinamik dan berdaya saing, selaras dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia ke arah pembentukan Angkatan Masa Hadapan.
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kerjasama strategik antara TUDM dan institusi pendidikan ketenteraan dalam usaha merangka pelan pembangunan modal insan yang berteraskan kepimpinan, jati diri serta kecemerlangan akademik dan ketenteraan.
 
Jumlah paparan: 104
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA PANGLIMA PENDIDIKAN, LATIHAN DAN DOKTRIN ATM
 
PUTRAJAYA, 2 September 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brig Jen Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Pendidikan, Latihan dan Doktrin Angkatan Tentera Malaysia (PPLD ATM), Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di Pejabat PPLD ATM hari ini.
Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan serta sesi pengenalan rasmi Komandan MTD kepada Panglima Pendidikan, Latihan dan Doktrin ATM bersempena pelantikan beliau sebagai Komandan MTD ke-34 pada 21 Ogos 26 yang lalu.
Selain mengeratkan hubungan profesional antara kedua-dua pihak, sesi kunjungan ini turut menjadi platform bagi mendapatkan nasihat, panduan serta pandangan strategik dalam aspek pentadbiran, pengurusan dan pembangunan MTD. Di samping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi idea serta bertukar pandangan ke arah memperkukuhkan pembangunan keupayaan dan kecemerlangan profesionalisme ketenteraan secara berterusan.
Sesi kunjungan yang berlangsung diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan serta pertukaran cendera kenangan sebagai simbolik penghargaan dan pengukuhan hubungan kerjasama strategik.
 

Halaman 2 dari 2

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Pautan Agensi

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok