Image

Maktab Tentera Diraja

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

Jumlah paparan: 24
SESI PENERANGAN MENGENAI TRIBUNAL BAGI ANTIBULI OLEH BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU) JABATAN PERDANA MENTERI KEPADA MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
 
KUALA LUMPUR, 23 September 2026 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said telah hadir ke Dewan Tun Templer 2, Maktab Tentera Diraja pada hari ini bagi menyempurnakan Sesi Penerangan Mengenai Tribunal Bagi Antibuli oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri kepada warga Maktab Tentera Diraja.
Acara dimulakan dengan menyambut ketibaan tetamu-tetamu kehormat daripada BHEUU dan YB Menteri Undang – Undang, gimik persembahan kawalan kehormatan dan persembahan tarian perang oleh putera - putera MTD. Seterusnya, acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan pembukaan majlis oleh Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, Komandan MTD dan ucapan perasmian majlis oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Undang – Undang.
Dato' Sri Azalina Othman Said berkata menerusi ucapannya, menerusi Akta 876, kerajaan turut mewujudkan platform baharu iaitu Tribunal bagi Antibuli (TAB). Beliau berkata, penubuhan TAB bukan sekadar memberi fokus kepada menghukum pembuli, sebaliknya turut bertujuan memulihkan mangsa, membimbing pelaku serta memastikan setiap aduan ditangani dengan cepat dan telus. Katanya, ibu bapa juga perlu memahami peranan Akta 876 serta TAB yang ditubuhkan bagi menangani isu buli.
Turut hadir dalam program pada pagi ini ialah Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM, Panglima Pendidikan Latihan dan Doktrin ATM, Brigedier Jeneral Mohd Kamil bin Hj Abdul Latiff, Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan ATM, YBrs. Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang.
Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat dan penerangan oleh Puan Nurul Husna binti Awang, Presiden Tribunal bagi Antibuli kepada seluruh warga MTD dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Galeri MTD.
 
Jumlah paparan: 77
PERBARISAN KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
 
KUALA LUMPUR, 14 September 2026 - Perbarisan Komandan Maktab Tentera Diraja Siri 3/2026 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja.
Perbarisan melibatkan 8 Pegawai serta 414 Staf dan Putera Maktab Tentera Diraja diketuai oleh Mejar Akmal Basyar bin Johari.
Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Berkhidmat Memimpin disusuli dengan pemeriksaan barisan oleh Komandan MTD, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM. Acara perbarisan diteruskan dengan pemakaian pangkat pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
Turut hadir ke perbarisan ini adalah Lt Kol Rashidane bin Radzi Rasalingam, Pengarah Latihan, Puan Rahayu binti Sarip, Ketua Jabatan Pentadbiran Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai, Staf Awam dan Guru. Perbarisan kemudiannya diakhiri dengan upacara bergambar bersama Komandan.
 
Jumlah paparan: 92
PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
 
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – Panglima Pendidikan Latihan dan Doktrin ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah hadir menyaksikan Serah Terima Tugas Komandan Maktab Tentera Diraja yang berlangsung di Padang Kawad MTD, hari ini.
Dalam acara tersebut, Mejar Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah menyerahkan tugas Komandan MTD Ke-33 kepada Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM menerusi tandatangan dokumen, penyerahan nota serah terima tugas dan penerimaan tongkat kuasa.
Perbarisan melibatkan 7 pegawai, 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), dan 330 Putera MTD diketuai oleh Mejar Hj Shahril bin Hj Shafie serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Drum Mejar, Sjn Mohamad Noorazlan bin Sazaly.
Mejar Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah diraikan dalam perbarisan terakhir beliau sebagai tanda penghargaan dan penghormatan seluruh warga MTD atas khidmat bakti beliau sepanjang melaksanakan tugas sebagai Komandan MTD selama 2 tahun 7 bulan sejak Januari 2024.
Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi temuduga Mantan Komandan MTD dan Komandan MTD oleh PPLD ATM, Upacara Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT MTD, Sesi Perjumpaan Mantan Komandan MTD bersama Warga MTD, diakhiri dengan persembahan demonstrasi silat gayong oleh putera MTD dan perarakan Street Lining Mantan Komandan MTD oleh pegawai, LLP, guru-guru, staf awam dan putera-putera MTD bermula daripada Lobi MTD sehingga ke Balai Pengawal MTD.
 
Jumlah paparan: 247
CERAMAH KESEDARAN DAN LATIHAN KEBAKARAN MTD 2026

Sungai Besi, 8 Apr 26 - Ceramah Kesedaran dan Latihan Kebakaran Peringkat Maktab Tentera Diraja (MTD) telah dilaksanakan bertempat di Dewan Tun Templer 2 dan Padang Kawad MTD.
Acara dimulakan dengan memperkenalkan barisan pegawai bomba dari Balai Bomba Sungai Besi,  penyampaian ceramah kesedaran mengenai kebakaran, latihan demo pemadaman kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) dan hos bomba dan diakhiri jamuan ringan serta penyampaian sumbangan cenderahati kepada pegawai bomba jemputan.

Majlis telah dihadiri oleh Pegawai, LLP, Guru-guru, Staf Awam, Putera Tingkatan 4 dan 5 MTD. Komandan, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai bomba sungai besi kerana meluangkan masa menjayakan ceramah dan latihan kebakaran di MTD dan mengharapkan usaha dua hala ini akan berterusan di masa hadapan.
 

#MaktabTenteraDiraja
#BerkhidmatMemimpin

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Pautan Agensi

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok