MAJLIS PENYERAHAN SMARTBOARD DAN PARKIR SURAU MAKTAB TENTERA DIRAJA
Hits: 5
MAJLIS PENYERAHAN SMARTBOARD DAN PARKIR SURAU MAKTAB TENTERA DIRAJA
SUNGAI BESI, 11 November 2026 – Majlis Penyerahan Projek Pemasangan 3 Unit Smartboard dan Parkir Surau Maktab Tentera Diraja (MTD) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM), Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Makmal Bahasa 2, MTD.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan projek kepada pihak MTD yang melibatkan kemudahan Smartboard serta kerja-kerja menaik taraf parkir sedia ada dan kerja-kerja berkaitan di kawasan surau MTD. Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana maktab bagi menyokong keperluan warga MTD.
Komandan MTD, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah hadir dalam upacara menandatangani dan menerima dokumen serahan projek antara pihak MTD dan ICU-JPM, Wilayah Persekutuan sebagai simbolik penyerahan rasmi projek kepada pihak maktab.
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara ICU-JPM, Wilayah Persekutuan dengan MTD dalam memastikan kemudahan infrastruktur yang disediakan sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan warga maktab.
Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga MTD, sekali gus menyokong persekitaran pembelajaran dan pembangunan sahsiah Putera yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti.