ROYAL AEZENITH MTD RAIH NAIB JOHAN MRCC 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Hits: 6
ROYAL AEZENITH MTD RAIH NAIB JOHAN MRCC 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
PERAK, 8 hingga 10 September 2026 – Pasukan Royal Aezenith dari Maktab Tentera Diraja (MTD) telah menyertai Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Besar Bandar Baru FELCRA Seberang Perak dan Pusat Benih Padi FELCRA Sdn. Bhd.
Pasukan Royal Aezenith layak ke peringkat kebangsaan setelah muncul sebagai johan dalam pertandingan roket propelan pepejal 50 m Peringkat Zon Tengah pada Jun 2026. Di peringkat kebangsaan, pasukan MTD bertanding dalam Kategori 2 yang melibatkan cabaran roket 1 km dan CanSat.
Pasukan MTD diwakili oleh enam orang Putera Tingkatan 4, iaitu P/PSjn Adam Mukhridz bin Abdul Muiz (D), P/PSjn Muhammad Syakir bin Azmi (G), P/PSjn Muhammad Amal Wazif bin Mohd Ismail Shahid (E), P/PSjn Muhammad Hafiy Mustaqim bin Mohamad Fairol (E), Putera Hakeem bin Mohamad Hairulnizam (E) dan P/PSjn Muhammad Aryan Rifqi bin Nazrin (F).
Sepanjang persediaan dan pertandingan, para Putera telah menunjukkan komitmen, disiplin, daya tahan dan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka perlu membahagikan masa antara tanggungjawab akademik, rutin kehidupan di maktab dan komitmen terhadap pasukan. Setiap cabaran yang dihadapi dijadikan peluang untuk mengenal pasti kelemahan, mencari penyelesaian dan melakukan penambahbaikan.
Hasil usaha dan kerjasama pasukan, Royal Aezenith berjaya meraih Naib Johan Kategori 2 Peringkat Kebangsaan dalam Malaysia Rocket CanSat Competition 2026.
Pasukan Royal Aezenith adalah di bawah bimbingan Pn. Nadzirah binti Ahmad dan Pn. Nurul Emiliza bin Md Tahir selaku penasihat utama, dengan kerjasama Cik Nur Amalina Farhah dan En. Shaza Ikhmal bin Sujak sebagai penasihat bersama.