KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KEPADA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT
Jumlah paparan: 51
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KEPADA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT
KUALA LUMPUR, 13 November 2026 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, di Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Setibanya di markas, Komandan MTD telah memeriksa barisan kawalan kehormatan sebelum mengadakan pertemuan dengan Panglima Medan Barat Tentera Darat. Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan serta sesi pengenalan rasmi Komandan MTD kepada Panglima Medan Barat Tentera Darat bersempena pelantikan beliau sebagai Komandan MTD ke-34 pada 21 Ogos 26 yang lalu.
Selain mengeratkan hubungan profesional antara kedua-dua pihak, sesi kunjungan ini turut menjadi platform bagi mendapatkan nasihat, panduan serta pandangan strategik dalam aspek pentadbiran, pengurusan dan pembangunan MTD. Di samping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi idea serta bertukar pandangan ke arah memperkukuhkan pembangunan keupayaan dan kecemerlangan profesionalisme ketenteraan secara berterusan.
Kunjungan itu turut disertai dengan acara menandatangani buku pelawat dan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan.