LANGKAH 100 HARI KOMANDAN MTD Ke 33

Perkongsian daripada Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja
*LANGKAH 100 HARI KOMANDAN MTD Ke 33*
Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani & Salam Putera Perkasa
Saya Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM pertama kali melangkah sebagai Komandan MTD pada 15 Jan 2024. Pencapaian dan kejayaan utama saya laksanakan dalam 100 hari pemerintahan ini adalah untuk mereformasikan semula aktiviti Putera bagi memberi ruang dan waktu yang lebih untuk Putera melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara holistik.
Keterbukaan dalam menerima pendapat dari semua pihak juga membantu saya mencetuskan beberapa program yang memberi impak tinggi kepada Maktab Tentera Diraja seperti berikut:
a. Perjumpaan Hala Tuju bersama _Parent_ F5 2024
b. Majlis Anugerah Akademik, Kokurikulum dan Sukan 1/24
c. Perjumpaan Hala Tuju _Parent_ F4 2024/25
d. Orientasi Putera Baru sesi 24/25
e. Majlis Berbuka Puasa
f. Mesyuarat PIBG
g. _Career Talk_: Kerjaya dalam TUDM
h. Kolaborasi bersama Rakan-rakan Strategik
i. Taklimat dan Ujian Psikometrik dan _Profiling_ kerjasama dengan PERKESO bagi pendedahan bidang kerjaya berdasarkan aliran akademik
k. Melaksanakan senggaraan dan pengubahsuaian fasiliti di bangunan akademik, markas, blok penginapan, surau dsb
l. Penguatkuasaan _2 minutes Public Speaking_ setiap pagi
m. Pengiktirafan kepada pencapaian guru
n. Insentif Program Lestari kepada Putera berdasarkan pencapaian untuk memotivasikan Putera dan mewujudkan persaingan sihat
o. Lawatan dan Iftar di luar untuk guru bersama putera
Saya juga telah menubuhkan jawatankuasa pemantau untuk memantau strategi dan pelan tindakan di peringkat Maktab seiring dengan perincian tugas dan tanggungjawab Lembaga Disiplin, Lembaga Akademik dan Lembaga Kesihatan supaya Putera yang kita asuh dan didik serta penekanan kebijaksanaan intelek dan kemantapan jasmani dapat dilaksanakan pada tahap yang maksima.
Langkah 100 hari saya ini adalah seiring bersama semua warga MTD dan Fakulti Akademik yang melangkah bersama saya dalam mencapai semua hala tuju yang ditetapkan sepanjang 100 hari pertama ini.
Ianya sejajar dengan memberi fokus dan berpaksikan kecemerlangan Akademik serta Kokurikulum, memperkasakan moral serta sahsiah dan keutamaan kebajikan kepada anak-anak yatim mahupun asnaf di kalangan para Putera MTD.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas atas dedikasi serta usahasama semua pihak terutamanya Fakulti Akademik, PIBG, Persatuan Bekas Putera (OPA) dan rakan-rakan strategik. Semoga ianya menjadi pemangkin untuk kita meneruskan usaha dan terus bekerjasama pada tahun-tahun yang akan datang.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, semua Panglima Perkhidmatan, Ketua Staf MK ATM, AKS OLP, KP BPKP serta AKS-AKS Perkhidmatan dalam membantu saya menjaga kebajikan anggota dan Putera MTD.
Akhir sekali, memetik kata-kata dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, “…pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau _action-oriented_. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”. Saya amat yakin bahawa barisan pentadbir serta Guru-guru MTD sedia ada sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong segala perancangan Maktab Tentera Diraja. InsyaAllah.
Semoga Kita semua sentiasa diberkati, dirahmati, dilindungi dan dipermudahkan semua urusan oleh Allah SWT
*BERKHIDMAT MEMIMPIN*