Perutusan Komandan

Maktab Tentera Diraja adalah satu-satunya Institusi Pendidikan unik yang berlandaskan kepada ciri-ciri dan teras ketenteraan. Fokus utama Maktab Tentera Diraja adalah untuk menjadi Sebuah institusi Pendidikan negara yang terunggul.

Institusi terunggul ini mampu melahirkan pemimpin yang berwibawa. Institusi yang berprestij ini juga mampu menjadikan insan yang berpendidikan cemerlang dari segi Akhlak, Akademik dan Sukan. Institusi Pendidikan ini menitikberatkan semangat setiakawan di kalangan Putera untuk mencapai Visi dan Misi Maktab.

Pendekatan saya untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan melaksanakan Pendekatan

R2MC, iaitu;

R2 – Respect & Responsibility – Hormat menghormati dan bertanggungjawab adalah teras yang akan melahirkan pemimpin berakhlak mulia, prihatin dan berwibawa.

M – Meritocracy – Kecemerlangan adalah teras yang akan menjadikan MTD sebagai sebuah institusi yang terunggul dan disegani.  Kecemerlangan dari setiap aspek yang diceburi terutamanya dari segi Akhlak, Akademik dan Sukan.

C – Camaraderie – ‘Esprit de Corps’ atau Semangat Setiakawan adalah teras utama sebuah institusi ketenteraan yang akan membantu MTD untuk mencapai keunggulan yang diimpikan.

PUTERA yang berakhlak mulia, hormat menghormati di antara satu sama lain, bertanggungjawab terhadap diri sendiri, Maktab, Agama, Bangsa dan Negara serta sentiasa berusaha bersama-sama dengan semangat setiakawan yang tinggi, mampu untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang dilakukan dan menjadikan MTD sebagai satu institusi pendidikan yang terunggul serta disegani di dalam dan luar negara.

“Empowering Future Leaders”

 ‘Serve to Lead’

 Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM

Komandan MTD

10 JULAI 2018