|
MINGGU ORENTASI PUTERA BARU TINGKATAN 4 TAHUN 2010
|
|
|
|
Diposkan oleh Webmaster : IMC
|
|
|
|
Friday, 22 January 2010
Maktab Tentera Diraja akan menerima seramai 280 orang Putera baru tingkatan 4 bagi sesi pengajian tahun 2010/2011 yang akan melapor pada hari Isnin 25 Jan 2010. Demi untuk melicinkan lagi proses adaptasi putera-putera baru tersebut, satu program telah dirancang untuk minggu orentasi akan dilaksanakan selama 2 minggu yang akan bermula pada 25 Jan hingga 12 Feb 2010.Objektif yang ingin dicapai dalam minggu orentasi ini adalah untuk membantu putera baru dalam menyesuaikan diri dengan struktur organisasi MTD dan saluran pemerintahan di MTD. Disamping itu juga ianya adalah untuk membantu putera baru menyesuaikan diri dengan peraturan dan Perintah Tetap Putera Maktab Tentera Diraja.
Selain itu dalam minggu orentasi ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada putera baru berkenaan latihan ketenteraan dan sistem pendidikan yang dilaksanakan di MTD dan untuk memantapkan tahap fizikal dan mental putera baru |