Laman Utama
Menu Utama
 Laman Utama
 Berita MTD
 Profil MTD
 Hubungi Kami
 WebMail [OWA]
 Intranet MTD
 Kemasukan MTD
 PIBG MTD
 Persatuan Pelajar Islam
 Portal Pendidikan Islam
 Program IB
 Britannica Online

Login Pengguna|Ahli
ID Pengguna

Kata Laluan

Remember me
PERHATIAN: Hanya staf MTD yang mempunyai akaun rasmi dengan Pentadbir Portal MTD yang dibenarkan login. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Pengguna|Ahli Online
Tiada Pengguna|Ahli yang online

Kaunter Hits Pengunjung
289981 Pengunjung

[ Pendahuluan ]  
Diposkan oleh -Webmaster-  
Thursday, 30 September 2004

 

Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.


Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan. MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu

 

PIAGAM

                                     

Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahan Negara

 

Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.

 


VISI

 

Maktab Tentera DiRaja Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Bestari yang Terunggul

 


MISI

 

                                       

Menyediakan Pendidikan Bestari Berkualiti Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa, Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia


 COGANKATA

                                                             Berkhidmat Memimpin

 

Kemaskini Terakhir ( Monday, 14 November 2005 )
[Maklumat Selanjutnya-»»]

Johan Ragbi MSSKL 15 & 18 Tahun  
Diposkan oleh Web Master  
Monday, 05 December 2005
Kemaskini Terakhir ( Monday, 05 December 2005 )
[Maklumat Selanjutnya-»»]

[ Sejarah ]  
Diposkan oleh Web Master  
Friday, 21 October 2005

 

Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre yang terdiri daripada Pre Officer Cadet Training Unit dan Boys Company.  MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000 permohonan untuk mengikuti pengajian.   Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer. 

                                               

 

 

Selepas lapan tahun di Port Dickson, pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan ke lokasi kini di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dan pada 1 Januari 1966, nama FMC  ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau Royal Military College (RMC). MTD telah menerima anugerah Panji DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka. 

 

                     

 

Pada waktu itu, MTD terdiri daripada dua Divisyen iaitu Divisyen Kadet dan Divisyen Putera. Pada 1995, Divisyen Kadet dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat. Pada tahun 1996, Akademi Tentera Malaysia (ATMA) telah menduduki sementara bangunan di padang kawad sehinggalah bangunan ATMA siap sepenuhnya pada 2001.

                                              

                      

 

 

Sekarang MTD telah mengambil alih kesemua bangunan di padang kawad dari ATMA. Pusat pentadbiran MTD telah berpindah ke bangunan markas di padang kawad dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2005. Maka kini hanya tinggal Divisyen Putera yang terdiri daripada putera tingkatan dua hingga lima. Pada masa sekarang MTD hanya menumpukan tugas sebagai sebuah institusi yang mendidik pelajar di peringkat menengah sama sahaja dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain. Cuma pendekatan dan kaedah pendidikan yang membezakan MTD dengan SBP yang lain. 

                                      

                               

Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 06 January 2010 )

Selanjutnya...
[ Komandan-Komandan MTD ]
[ Latihan Ketenteraan ]
[ Organisasi ]

Jam«»Kalendar

Kalendar Aktiviti
September 2010
I S R K J S A
30311 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Aktiviti Bulan Ini

5 Berita Terkini

Aktiviti Terkini
No Latest Events

Pengumuman/Artikel
Artikel Menarik
Berita MTD
Peluang Kerjaya
Profil MTD

©Hakcipta Terpelihara 2010. Maktab Tentera DiRaja. http://www.rmc.edu.my