xxx xxx porn xxx


SEJARAH MAKTAB TENTERA DIRAJA PDF Print E-mail
Written by SITI NUR BAIZURA BINTI MOKHTAR   
Monday, 18 April 2011 09:31

 

     Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre yang terdiri daripada Pre Officer Cadet Training Unit dan Boys Company.  MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000 permohonan untuk mengikuti pengajian.   Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer.

 

     Selepas lapan tahun di Port Dickson, pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan ke lokasi kini di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dan pada 1 Januari 1966, nama FMC  ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau Royal Military College (RMC). MTD telah menerima anugerah Panji DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka.

 

     Pada waktu itu, MTD terdiri daripada dua Divisyen iaitu Divisyen Kadet dan Divisyen Putera. Pada 1995, Divisyen Kadet dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat.

 

     Sekali lagi sejarah dilakar Maktab Tentera Diraja (MTD) apabila institusi ini berpindah ke bangunan baharunya di Bukit Belimbing, Balakong pada awal tahun 2014.

Sudah tentu bagi 243 Putera yang menamatkan pengajian Tingkatan 5, Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD 2013 baru-baru ini meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi mereka kerana menjadi kumpulan terakhir sebelum MTD beroperasi di kampus baharu.

 

     Komandan MTD, Kol Wan Ghazali Wan Din berkata, perpindahan ke kampus baharu itu, merupakan fasa terakhir daripada lima fasa penting perkembangan Maktab Tentera Diraja ini.

"Fasa Pertama merujuk gagasan idea Field Marshal Sir Gerald Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu, menubuhkan Federation Military College (FMC) pada Ogos 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kemudian, Fasa Kedua pula bermula apabila FMC berpindah ke kampus baharu di Kem Perdana Sungai Besi pada April 1961."

 

     "Nama FMC diubah menjadi MTD pada tahun 1966 apabila Maktab ini diberikan status "Diraja" untuk Fasa Ketiga. Pengishtiharan bersejarah itu dibuat bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Jangka Tetap yang Kesembilan," katanya ketika berucap semasa Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD 2013. Menurut beliau, Fasa Keempat perkembangan MTD berlaku pada tahun 1995 apabila Pemisahan Cawangan Kadet yang berpindah ke Ulu Tiram, Johor bagi membolehkan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada masa tersebut.

 

     "Oleh yang demikian, Cawangan Putera terus kekal di bawah penyeliaan MTD dan diletakan di bawah pentadbiran Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya ketika berucap dalam Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Tahunan tahun 2013 di MTD.

Last Updated on Monday, 12 October 2015 06:17
 


Hakcipta © 2014 Pusat Pengurusan Maklumat (IMC) Maktab Tentera Diraja
Paparan Terbaik: 1024 x 768 piksel menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 30.0 ke atas

şişli escort