PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU/STAF MTD 2011 DI TAWAU SABAH PDF Print
Written by Administrator   
Tuesday, 05 July 2011 01:49

Untitled-1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU/STAF MTD 2011 DI TAWAU SABAH

 

Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf MTD adalah sebahagian usaha untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan diri warga Maktab Tentera Diraja. Program ini telah diadakan selama empat hari dan tiga malam di Tawau, Sabah bermula 1 hingga 4 Julai 2011. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan, staf akademik/tentera dan awam Maktab ini telah terlibat dalam program ini. 

 

Objektif Program ini diadakan adalah untuk :

  1. Meningkatkan kemahiran motivasi serta potensi diri ke arah yang lebih cemerlang melalui pendekatan pengurusan semangat kerja berpasukan untuk mencapai kecemerlangan bagi diri sendiri dan organisasi.
  2. Merperkasakan jati diri dan menjana sikap kohesif di kalangan warga maktab di dalam menjana sistem pengurusan Maktab yang lebih efisyen dan efektif demi membantu visi dan misi MTD.
  3. Membuka ruang dan peluang kepada warga maktab berinteraksi secara informal, semangat berpasukan serta mengeratkan silatulrahim antara warga Maktab.

Galeri Gambar Untuk Program Peningkatan Profesionalisme Guru/Staf MTD.

Last Updated on Wednesday, 08 February 2012 01:54
 


Powered by Joomla!. Designed by: hosting company centos dedicated server Valid XHTML and CSS.