halatuju-lepasan-spm-5

HALA TUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM

Cetusan idea Komandan Maktab Tentera Diraja, Brig Jen Dato Shaifuddin bin Mohd Shariff untuk mengadakan Hala Tuju Pendidikan Lepasan SPM telah direalisasikan di Dewan Tun Templer 2 (DTT 2), Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi pada 31 Jan 24. Jemputan promosi terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Universiti Pertahanan National Malaysia (UPNM) dan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Program ini telah disertai oleh 471 Putera, 24 Pegawai Pendidikan Awam dan 10 Pegawai Pendidikan Tentera. Promosi yang julung kali diadakan ini juga dihadiri oleh wakil Jabatan Arah Pendidikan Lt Kol Izani bin Junoh.

Promosi ini dimulai oleh pegawai JPA. Cik Anna binti Amri, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Penawaran Sebelum Perkhidmatan . Beliau telah memberi penjelasan dan maklumat terkini berkaitan kelayakan agregat yang diperlukan untuk menyambung pengajian di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi. Maklumat juga dikongsi untuk kelayakan kursus untuk memohon Biasiswa Boleh Ubah, Biasiswa untuk B40 dan Biasiswa Korea, Jepun, Jerman dan UK. Di sampling itu Cik Anna juga diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah beliau iaitu En Nik Ahmad Zahirudin bin Nik Salleh.

Promosi diteruskan oleh Penolong Pendaftar UPNM iaitu En Muhammad Khaidzir b Lokman, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, UPNM. Putera diberi perkongsian berkaitan UPNM dan hampir 96.7 peratus mahasiswa yang ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Beliau juga telah berkongsi maklumat berkenaan Ijazah yang ditawarkan oleh UPNM dan kelayakan yg perlu sekiranya berminat menyertai universiti ini. Seterusnya, promosi diteruskan oleh Mej Area Putra bin Ismail, Pegawai Staf Latih 2, ALK bagi menjelaskan kriteria yang diperlukan oleh mahasiswa UPNM sekiranya berminat meneruskan perkhidmatan sebagai seorang Pegawai Tentera.

Semua putera yang terlibat telah memberikan respon yang positif disepanjang penerangan diberikan dan beberapa soalan telah diutarakan untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut. Promosi ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada semua wakil agensi yang hadir oleh Wakil Jabatan Arah Pendidikan. Hasil daripada perbincangan dengan semua pihak, promosi ini perlu diteruskan. Pihak yang terlibat juga merasa amat bersemangat untuk memberikan komitmen pada masa-masa akan datang.

halatuju-lepasan-spm-1 halatuju-lepasan-spm-2 halatuju-lepasan-spm-3 halatuju-lepasan-spm-4

Leave a Reply

Your email address will not be published.