|
National Robotics Competition 2008 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
|
|
Diposkan oleh Cawangan Akademik
|
|
|
|
Friday, 04 July 2008
Pertandingan ‘National Robotics Competition 2008’ Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diadakan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008. MTD telah menyertai pertandingan tersebut buat pertama kali dan menghantar 3 pasukan.
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan MTD yang mendapat JOHAN dan TEMPAT KETIGA. Pasukan yang menjadi JOHAN, ahlinya terdiri daripada putera Amirul Muttaqqin b. Sham, putera Amir Hamzah b. Khairul Azhar dan putera Muhd Khairol Nizam b. Ahmad Zulpakari. MTD akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ke Pertandingan “National Robotics Competition 2008’ peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor Bahru pada bulan Ogos 2008.
Manakala pasukan yang mendapat tempat ketiga diwakili oleh putera Ahmad Syamil Asyraf b. Mohd Zaini, putera Chnnakphorn Anuvong dan putera Lee Juan Wyn.
SYABAS juga diucapkan kepada Guru Pembimbing, Puan Shafiza bt Zakaria.
TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak MTD dan PIBG yang telah memberi sumbangan pembelian LEGO bagi menyertai pertandingan ini.
 |
| Kemaskini Terakhir (
Friday, 04 July 2008 ) |